Penubuhan klinik swasta

    Adakah anda berhasrat menubuhkan klinik swasta anda sendiri? Anda ingin klinik anda mudah lulus dan mendapat lesen dari Kementerian Kesihatan Malaysia? Kami sedia membantu anda untuk menubuhkan klink swasta anda sendiri. Dengan pengalaman lebih dari 6 tahun, kami jamin klinik anda akan mendapat kelulusan operasi dari KKM. Kami menyediakan pakej yang bakal memberikan pelbagai keuntungan dan kesesuaian untuk anda.
    Dengan kami, anda hanya perlu sediakan dokumen yang diperlukan oleh KKM sahaja. Lain-lain kami uruskan untuk anda. Dokumen apa yang perlu anda sediakan? Senarai dokumen akan kami berikan untuk anda sediakan. Hubungi kami untuk penerangan lebih lanjut. Call 016-6552912







Gambar klinik yang telah siap diubahsuai.











Beberapa gambar klinik yang telah siap diubahsuai. Dari sebuah kedai kosong, kami ubahsuai menjadi sebuah klinik yang anda idamkan. Design terpulang kepada anda mengikut citarasa anda, kami sesuaikan dengan akta KKM. Konsep open dengan registration counter terbuka menjadi pilihan ramai dari pelanggan kami. Sekiranya anda inginkan kaunter yang tertutup atau jenis kayu juga boleh kami buatkan untuk anda. Gaya lantai pula boleh dipilih samada inginkan dari jenis tile atau jenis vinyl. Hubungi kami untuk renovasi klinik anda hari ini. Call 016-6552912

Memulakan bisnes klinik swasta

    Mungkin ada para doktor hari ini berhasrat memulakan perniagaan klinik anda. Sebelum memulakan perniagaan klinik ini,mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana untuk memulakan perniagaan ini. Di sini kami ingin menerangkan serba sedikit bagaimana anda dapat memulakan perniagaan klinik anda hari ini.
 
Kaedah memulakan perniagaan klinik anda.

1). Pastikan anda mempunyai modal bagi memulakan perniagaan anda. Sekiranya anda mempunyai modal namun perlukan tambahan bagi modal itu, boleh hubungi kami bagaimana untuk anda menambahkan modal anda.

2). Menetukan lokasi klinik anda. Lokasi adalah amat penting bagi sesebuah klinik swasta untuk berjaya. Beberapa tips untuk mendapatkan lokasi terbaik untuk klinik anda.
     a). Sebolehnya carilah lokasi kedai yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
     b). Kedai anda sebaiknya berdekatan dengan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk datang contoh seperti bersebelahan pasaraya atau bank
     c). Pastikan kedai yang anda pilih mempunyai lot parking yang memudahkan para pesakit. Kalau kawasan parking sentiasa penuh, anda perlu menimbang kembali kedai itu kerana pesakit tidak berapa gemar klinik yang susah untuk meletakkan kereta mereka.
     d). Boleh juga memilih kawasan yang mempunyai kepadatan kilang kerana selalunya kilang memerlukan klinik panel. Namun untuk menjadi panel kepada kilang-kilang ini, anda memerlukan lebih usaha contoh dengan melakukan marketing ke dalam kilang untuk.

3). Setelah pemilihan lokasi, dan anda telah pun mendapatkan kedai untuk klinik anda. Maka anda perlu mengubahsuai kedai itu untuk dijadikan klinik. Pengubahsuaian klinik swasta perlu mengikut ketetapan kementerian kesihatan Malaysia. Jadi kalau anda nak renovate atau ubahsuai klinik anda, boleh hubungi kami kerana kami amat arif tentang renovation klinik dan akta kementerian kesihatan Malaysia.

4). Setelah selesai ubahsuai klinik anda, maka anda perlu lengkapkan klinik anda dengan peralatan perubatan seperti examination couch, sterilizer, examination light, iv drip stand, nebulizer, suction pump dan semua peralatan yang perlu bagi sebuah klinik. Kalau anda memerlukan senarai equipment klinik, boleh sahaja hubungi kami kerana kami juga membekalkan equipment klinik.

5). Selesai kemasukkan barang-barang klinik, maka anda perlu pula memanggil pihak KKM untuk memeriksa klinik anda. Pemeriksaaan ini yang akan menentukan klinik anda diberikan lesen klinik yang sah.

6). Apabila pemeriksaan telah dijalankan, aka anda perlu menuggu lesen dikeluarkan. tempoh lesen dikeluarkan adalah kira-kira sebulan selepas kebenaran dari KKM diperolehi.

7). Maka anda boleh memulakan perniagaan klinik anda.

Hubungi kami untuk khidmat new clinic set up anda hari ini.

016-6552912

Klinik perubatan swasta





Gambar beberapa klinik yang dipertanggung jawabkan kepada pihak kami. Terima kasih kepada para doktor yang sudi mengambil khidmat kami dan mempercayai akan kerja kami. Lebih banyak gambar-gambar renovation klinik akan dimuat naik kelak. Perlukan khidmat renovation kami? Hubungi kami segera di talian 016-6552912

New clinic setup

New clinic setup

    Terima kasih kerana melawat laman kami. Di harap laman kami dapat memberikan informasi buat anda yang sudi melawat. Baik, sebagai permulaan,ingin saya perkenalkan khidmat kami buat para doktor di luar sana. Kenapa mesti doktor? Sebab kami menawarkan khidmat new clinic setup. Erti kata lain, kami menawarkan khidmat menubuhkan klinik swasta khusus bagi para doktor yang ingin meluaskan sayap mereka di dalam bidang perniagaan klinik. Untuk memulakan perniagaan klinik ini bukanlah seperti menjalankan kedai runcit. Untuk sebuah klinik itu berfungsi, terlebih dahulu perlukan kelulusan dari kementerian kesihat Malaysia. Kelulusan ini terdapat 2 peringkat iaitu sebelum lawatan KKM dan semasa lawatan oleh KKM.
    Bagi peringkat awal, iaitu sebelum lawatan KKM ke klinik anda. Perlulah anda membuat pendaftaran dengan KKM terlebih dahulu. Dalam proses pendaftaran ini, anda perlulah atau telah pun memilih lokasi kedai untuk klinik anda itu. Lokasi bebas bergantung kepada anda untuk memilihnya. Sementara itu, anda juga perlu menyediakan semua dokumen yang diperlukan termasuklah pelan lantai. Bila sebut pelan lantai, seperti yang dikatakan awal tadi. Klinik tak sama dengan kedai runcit. Untuk sebuah klinik, anda perlulah mempunyai pelan lantai yang menunjukkan flow klinik anda. Dan pelan lantai ini perlulah memenuhi akta yang telah ditetapkan oleh KKM. Setelah semua dokumen lengkap dan borang pendaftaran juga telah diisi, maka barulah klinik anda didaftarkan dengan syarat, pendafataran tersebut sah laku selama 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan anda kena pastikan renovation klinik anda telah siap dan klinik anda telah pun dimuatkan dengan equipment klinik yang wajib mengikut KKM.
    Apabila selesai proses renovation dan pengisian barangan di klinik anda, maka bolehlah anda memanggil pihak KKM untuk membuat lawatan ke klinik anda. Semasa lawatan, para pegawai dan staf dari KKM akan memastikan semua renovation yang dilakukan adalah menepati akta KKM dan flow klinik adalah sama seperti di dalam pelan lantai yang di hantar semasa pendaftaran. Selesai lawatan,pihak KKM akan masukkan klinik anda ke dalam sidang mesyuarat dan apabila lulus dalam mesyuarat tersebut, maka anda bolehlah memulakan perniagaan klinik anda.
   Jadi apa kena mengena dengan kami? Kami ini membantu memudahkan para doktor untuk memulakan klinik anda. Kami menawarkan khidmat melakukan renovation klinik. Apabila anda mengambil khidmat renovation dari kami, secara automatik pendaftaran klinik anda akan dilakukan oleh pihak kami sebagai wakil doktor. Doktor hanya perlu sediakan dokumen, dan kami yang akan uruskan pendaftaran klinik doktor. Pelan lantai juga, kami akan sediakan untuk pihak doktor. Dan yang paling penting, pelan lantai dan kerja-kerja renovation klinik oleh pihak kami dijamin menepati akta KKM. Dan kami berikan 6 bulan jaminan selepas kerja-kerja renovation selesai bagi kerja-kerja renovation kami. Untuk menambah nilai khidmat kami, kami juga menyediakan senarai equipement klinik untuk anda pilih. Harga yang kami tawarkan adalah terbaik dipasaran. Jadi apa tunggu lagi? Sekiranya anda inginkan khidmat kami, hubungi kami sekarang. Sedia menerima kerja diseluruh Malaysia. Hubungi untuk penerangan lebih lanjut. 016-6552912