New clinic setup
Terima kasih kerana melawat laman kami. Di harap laman kami dapat memberikan informasi buat anda yang sudi melawat. Baik, sebagai permulaan,ingin saya perkenalkan khidmat kami buat para doktor di luar sana. Kenapa mesti doktor? Sebab kami menawarkan khidmat new clinic setup. Erti kata lain, kami menawarkan khidmat menubuhkan klinik swasta khusus bagi para doktor yang ingin meluaskan sayap mereka di dalam bidang perniagaan klinik. Untuk memulakan perniagaan klinik ini bukanlah seperti menjalankan kedai runcit. Untuk sebuah klinik itu berfungsi, terlebih dahulu perlukan kelulusan dari kementerian kesihat Malaysia. Kelulusan ini terdapat 2 peringkat iaitu sebelum lawatan KKM dan semasa lawatan oleh KKM.
Bagi peringkat awal, iaitu sebelum lawatan KKM ke klinik anda. Perlulah anda membuat pendaftaran dengan KKM terlebih dahulu. Dalam proses pendaftaran ini, anda perlulah atau telah pun memilih lokasi kedai untuk klinik anda itu. Lokasi bebas bergantung kepada anda untuk memilihnya. Sementara itu, anda juga perlu menyediakan semua dokumen yang diperlukan termasuklah pelan lantai. Bila sebut pelan lantai, seperti yang dikatakan awal tadi. Klinik tak sama dengan kedai runcit. Untuk sebuah klinik, anda perlulah mempunyai pelan lantai yang menunjukkan flow klinik anda. Dan pelan lantai ini perlulah memenuhi akta yang telah ditetapkan oleh KKM. Setelah semua dokumen lengkap dan borang pendaftaran juga telah diisi, maka barulah klinik anda didaftarkan dengan syarat, pendafataran tersebut sah laku selama 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan anda kena pastikan renovation klinik anda telah siap dan klinik anda telah pun dimuatkan dengan equipment klinik yang wajib mengikut KKM.
Apabila selesai proses renovation dan pengisian barangan di klinik anda, maka bolehlah anda memanggil pihak KKM untuk membuat lawatan ke klinik anda. Semasa lawatan, para pegawai dan staf dari KKM akan memastikan semua renovation yang dilakukan adalah menepati akta KKM dan flow klinik adalah sama seperti di dalam pelan lantai yang di hantar semasa pendaftaran. Selesai lawatan,pihak KKM akan masukkan klinik anda ke dalam sidang mesyuarat dan apabila lulus dalam mesyuarat tersebut, maka anda bolehlah memulakan perniagaan klinik anda.
Jadi apa kena mengena dengan kami? Kami ini membantu memudahkan para doktor untuk memulakan klinik anda. Kami menawarkan khidmat melakukan renovation klinik. Apabila anda mengambil khidmat renovation dari kami, secara automatik pendaftaran klinik anda akan dilakukan oleh pihak kami sebagai wakil doktor. Doktor hanya perlu sediakan dokumen, dan kami yang akan uruskan pendaftaran klinik doktor. Pelan lantai juga, kami akan sediakan untuk pihak doktor. Dan yang paling penting, pelan lantai dan kerja-kerja renovation klinik oleh pihak kami dijamin menepati akta KKM. Dan kami berikan 6 bulan jaminan selepas kerja-kerja renovation selesai bagi kerja-kerja renovation kami. Untuk menambah nilai khidmat kami, kami juga menyediakan senarai equipement klinik untuk anda pilih. Harga yang kami tawarkan adalah terbaik dipasaran. Jadi apa tunggu lagi? Sekiranya anda inginkan khidmat kami, hubungi kami sekarang. Sedia menerima kerja diseluruh Malaysia. Hubungi untuk penerangan lebih lanjut. 016-6552912
No comments:
Post a Comment