Memulakan bisnes klinik swasta

    Mungkin ada para doktor hari ini berhasrat memulakan perniagaan klinik anda. Sebelum memulakan perniagaan klinik ini,mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana untuk memulakan perniagaan ini. Di sini kami ingin menerangkan serba sedikit bagaimana anda dapat memulakan perniagaan klinik anda hari ini.
 
Kaedah memulakan perniagaan klinik anda.

1). Pastikan anda mempunyai modal bagi memulakan perniagaan anda. Sekiranya anda mempunyai modal namun perlukan tambahan bagi modal itu, boleh hubungi kami bagaimana untuk anda menambahkan modal anda.

2). Menetukan lokasi klinik anda. Lokasi adalah amat penting bagi sesebuah klinik swasta untuk berjaya. Beberapa tips untuk mendapatkan lokasi terbaik untuk klinik anda.
     a). Sebolehnya carilah lokasi kedai yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
     b). Kedai anda sebaiknya berdekatan dengan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk datang contoh seperti bersebelahan pasaraya atau bank
     c). Pastikan kedai yang anda pilih mempunyai lot parking yang memudahkan para pesakit. Kalau kawasan parking sentiasa penuh, anda perlu menimbang kembali kedai itu kerana pesakit tidak berapa gemar klinik yang susah untuk meletakkan kereta mereka.
     d). Boleh juga memilih kawasan yang mempunyai kepadatan kilang kerana selalunya kilang memerlukan klinik panel. Namun untuk menjadi panel kepada kilang-kilang ini, anda memerlukan lebih usaha contoh dengan melakukan marketing ke dalam kilang untuk.

3). Setelah pemilihan lokasi, dan anda telah pun mendapatkan kedai untuk klinik anda. Maka anda perlu mengubahsuai kedai itu untuk dijadikan klinik. Pengubahsuaian klinik swasta perlu mengikut ketetapan kementerian kesihatan Malaysia. Jadi kalau anda nak renovate atau ubahsuai klinik anda, boleh hubungi kami kerana kami amat arif tentang renovation klinik dan akta kementerian kesihatan Malaysia.

4). Setelah selesai ubahsuai klinik anda, maka anda perlu lengkapkan klinik anda dengan peralatan perubatan seperti examination couch, sterilizer, examination light, iv drip stand, nebulizer, suction pump dan semua peralatan yang perlu bagi sebuah klinik. Kalau anda memerlukan senarai equipment klinik, boleh sahaja hubungi kami kerana kami juga membekalkan equipment klinik.

5). Selesai kemasukkan barang-barang klinik, maka anda perlu pula memanggil pihak KKM untuk memeriksa klinik anda. Pemeriksaaan ini yang akan menentukan klinik anda diberikan lesen klinik yang sah.

6). Apabila pemeriksaan telah dijalankan, aka anda perlu menuggu lesen dikeluarkan. tempoh lesen dikeluarkan adalah kira-kira sebulan selepas kebenaran dari KKM diperolehi.

7). Maka anda boleh memulakan perniagaan klinik anda.

Hubungi kami untuk khidmat new clinic set up anda hari ini.

016-6552912

1 comment: